Saturday, November 08, 2008

Rombongan Sambil Belajar Kelas SEK A ke KL

Rombongan ini telah dianjurkan pada tahun akhir (semester 4) pengajian. Rombongan ini disertai oleh dua orang pensyarah kelas SEK A bersama-sama dengan pelajarnya. Tujuan utama rombongan ini diadakan ialah supaya dapat memberi pendedahan dan peluang kepada para pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan dan sedikit pengalaman agar ianya dapat digunakan oleh pelajar apabila tamat pengajian kelak. Antara tempat yang dilawati ialah Kilang Motorola yang terletak di kawasan perindustrian Nilai, Negeri Sembilan, Stesen Janaelektrik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Kapar, Selangor dan mengikuti satu seminar di PWTC. Inilah antara gambar-gambar yang sempat dirakam semasa rombongan tersebut.


Jaiz & Wadi sedang menikmati hidangan tengah hari semasa menghadiri seminar di PWTC.





Wadi, Lan & Jaiz bergambar kenangan di PWTC


Para pelajar sedang mendengar taklimat daripada pegawai yang bertugas semasa mengikuti rombongan sambil belajar di Stesen Janakuasa Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Kapar


Bergambar kenangan didalam bas


Gambar kenangan bersama pensyarah kelas.
Gambar kenangan di Stesen Janakuasa Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Kapar






Gambar kenangan semasa berhenti rehat di R&R Nilai, Negeri Sembilan

No comments: