Monday, December 29, 2008

Selamat Tahun Baru 2009 dan Ma'al Hijrah 1430

Assalamualaikum...







Selamat menyambut Ma'al Hijrah 1430 kepada semua rakyat Malaysia khususnya kepada para Muslimin dan Muslimat. Semoga kedatangan tahun baru ini akan memberikan kita lebih kekuatan dan semangat untuk memperbaiki diri kita. Insya'allah usaha yang mulia diberkati Allah subhanawata'ala.

Sekadar buat renungan kita semua....





  • Tanpa kita sedari tahun 2008 akan meninggalkan kita dalam beberapa hari lagi.

  • Masa berlalu dengan begitu pantas sekali....

  • Umur semakin meningkat dari setahun ke setahun.

  • Rasanya terlalu banyak perkara yang masih belum diselesaikan pada tahun 2008.

  • Anak pun dah ada yang nak masuk sekolah darjah satu pada tahun 2009.

  • Macam mana dengan persedian kita buat bekalan ke akhirat, dah cukup ke atau semakin kurang.

  • Semakin dekatkah diri kita denganNya.....

  • Marilah kita semua berdoa agar pada tahun 2009 ekonomi global akan kembali pulih....

  • Tak lupa juga kepada saudara kita rakyat Pelestin, marilah kita semua panjatkan doa kepadaNya agar kedamaian akan terpancar buat rakyat Pelestin yang telah sekian lama tertindas di tanah air sendiri...

  • Alangkah bertuahnya kita kerana dilahirkan dibumi bertuah ini.

  • Marilah kita berusaha dengan lebih gigih lagi pada tahun-tahun akan datang, agar bangsa Melayu kita akan dihormati oleh kaum-kaum lain..

  • khir sekali saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009"

No comments: