Wednesday, May 27, 2009

MADINA AL MUNAWWAR

Payung-payung di dataran Masjid Nabawi









Funny Picture and Only Found in Pakistan











Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.

" Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?" Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."

Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari. Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah

Alangkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik pula melaungkan azan di masjid2 maupun disurau2..Amin. Wasallam.

Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5X sehari. Cubalah hayati setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. Bagi orang yang melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang disarankan olih Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu. begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wassallam.

ADAB MENDENGAR AZAN Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati . Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu se mas a nyawa kitasedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. .." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbala'lamin .."

Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan ' surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali...FIKIRKAN LAH, tepuk dada tanya iman

Friday, March 13, 2009

Sunyi

Dikala semua kawan sunyi menyepi aku rasa aku nak post lah something sesaja nak memeriahkan blog ni. Aku cadangkan kalau sesiapa ada join event ataupun ada benda menarik yang berlaku ditempat sendiri rasanya elok kita share disini, yang bukan benda personal ataupun untuk public. Sekurang-kurang tidaklah blog ni terlalu lesu yang akhirnya mati. Apa kata kawan-kawan???......

Monday, January 19, 2009

Salam perkenalan untuk rakan-rakan lama

Assalammualaikum dan salam rindu untuk semua rakan-rakan yang masih mengenali saya.

A million thanks to Wadi for his effort of tracking me from south to north and finally bumped me at ILP Kepala Batas...... I really appreciate it Wadi..Allah saja yang balas jasa Wadi...

Ila just nak try posting for our blog and if there any good respone on my appearance..i'll continue posting and contributing..

Untuk rakan-rakan yang nak bersembang-sembang ngan Ila cam dulu, boleh dial nombor ni: 017-4368386..

I really miss you guys..especially class EK B...

Thursday, January 15, 2009

Memories at Sedim



Berdir dari kiri : Syahrizal (Bob), Khairul(Uztaz), Jaiz, Shah Amir (PakLat), Najib, Azlan, Deman
Duduk dari kiri : Wadi, Razman, Syed Shahrul



  • Asalnya program untuk mengadakan reunion ini adalah ilham dari Mr Presiden kita iaitu saudara Jaiz. Setelah lebih kurang 3 bulan lebih membuat perancangan dan memilih tempat akhirnya Lata Sedim menjadi pilihan.


  • Sedim menjadi pilihan adalah kerana keindahan alam semula jadinya yang belum terusik oleh sebarang pembangunan. Ianya serba-sedikit dapat menyedarkan kita akan nikmat yang ALLAH berikan.


  • Maka tanggal 1hb Januari 2009 bersempena dengan tahun baru terciptalah satu sejarah iaitu seramai 10 orang jejaka yang tak kurang hemsemnya berkumpul di Caltex Sungai Limau Kulim bagi memulakan perjalanan ke Lata Sedim.


  • Lebih kurang 8.30 pagi rombongan bertolak dengan 4 buah kereta menuju ke destinasi. Alhamdulillah, lebih kurang 30 minit kemudian kami pun selamat sampai ke destinasi yang dituju.


  • Bunyi unggas yang gemersik dan air jeram yang menderu-deru menyambut ketibaan kami.


  • Sampai je kami terus bersarapan. Seperti biasa nasi lemak dan kuih muih menjadi hidangan kami.


  • Setelah selesai bersapan kami pun bertolak ke Tree Top Conopy Walk iaitu yang terpanjang di dunia. Sebagai anak jati Kedah kami patut merasa bangga.


  • Jarak Tree Top Walk ialah lebih kurang 950m panjang. Jarak ketinggian yang tertinggi ialah 26050MM dari tanah.


  • Di sepanjang perjalanan kami semua sempat berbual-bual sambil menghirup udara segar dan menikmati keindahan alam semula jadi ciptaanNya.


  • Lebih kurang 45 minit kemudian akhirnya perjalanan kami sampai ke penghujung jalan. Tak puas rasanya. Tapi kalau ada kelapangan kami akan sampai lagi...


  • Sedar tak sedar matahari dah pun terpacak diatas kepala, menandakan waktu tengah hari.


  • Perut pun dah lapar, oleh itu tanpa berlengah lagi kami pun terus menjamu selera dengan hidangan telah pun disediakan.


  • Hidangan tengah hari kami adalah masakan kampung iaitu ayam masak merah, gulai bawal, ikan talang kering dan sedikit ulam-ulaman bersama sambal belacan.


  • Sambil makan kami menonton acara paint ball yang secara kebetulannya dimainkan oleh sebuah team dari Penaga.


  • Setelah selesai menjamu selera, kami pun berehat sebentar sambil bersembang. Almaklumlah lama tak berkumpul. Ada saja cerita yang nak disembangkan.


  • Kami berjemaah bersama-sama untuk menunaikan solat zohor yang di imamkan oleh suadara Jaiz.


  • Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara paint ball.


  • Kami dibahagikan kepada dua team. Taem A terdiri daripada Jaiz, Wadi, PakLat, Bob. dan Mat Lan. Manakala Team B terdiri daripada Deman, Khairul, Najib, Syed dan Razman.


  • Teringat masa zaman kanak-kanak dulu-dulu. masa main combat-combat. Best sangat-sangat walaupun first time main.


  • Setelah penat bermain dan badan pun dah kotorkami pun pergilah mandi bagi membersihkan diri dari segala kotoran yang melekat dibadan.


  • Akhirnya, tibalah masa untuk berangkat pulang, tapi sebelum itu kami dihidangkan dengan bihun goreng dan teh ais. Apa lagi rezeki jangan ditolak beb.. bedal jelah....


  • Lebih kurang puluk 5 petang, kami berangkat pulang meninggal Lata Sedim dengan harapan agar kami dapat berkumpul lagi di lain hari. Insyaallah itupun dengan izin Tuhan.


  • Inilah diantara gambar-gambar yang sempat dirakam buat kenang-kenangan.








Kesan-kesan tembakan



Mengerjakan solat zohor























Berehat sambil bersidang...




Mr Jaiz dengan gaya Presidenya






Deman, Walaupun injured tapi mempunyai semangat yang kental untuk


mengikuti program reunion ini. Syabas Bro..moga cepat sembuh..












How to create a blog and become as contributor for our blog

  • Create a blogger account by using your email account

  • Click at CREATE A BLOG

  • Fill up all the particular information as example below



    • Once done. Go to your email for verification.
    • To be as contributor you will received a notification email by admin of the blog.
    • For our blog the admin is me (waids)








    Wednesday, January 07, 2009

    Gambar Reunion....


    Cadangan di tutup




    Mesyuarat tertinggi


    Wajah-wajah matang terutamanya dibahagian perut









    Thursday, January 01, 2009

    Pemilihan Bagi Jawatan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha, Bendahari and AJK bagi Tahun 2009

    Dibawah ini adalah nama-nama bagi Ahli JawatanKuasa untuk tahun 2009 bertempat di Tree Top Sungai Sedim. Diatas ketinggian ~26m dari tapak Tree Top

    PRESIDEN : MOHD JAIZ - No Tel : 013-4304046
    NAIB PRESIDEN : KHAIRUL SAZANI(USTAZ) - No Tel : 012-5635455
    SETIAUSAHA : RASWADI (WAID'S) - No Tel : 012-4313437
    BENDAHARI : SHAH AMIRRUZLI (PAK LAT) - No Tel : 013-4524743

    AJK
    NORDEMAN - No Tel : 019-5637002
    BOB
    SYED - No Tel : 012-4933431
    AZLAN
    RAZMAN - No Tel : 012-5957485
    NAJIB - No Tel : 019-4494488


    Antara perkara-perkara yang telah dipersetujui semasa mesyuarat.

    Penubuhan Tabung Kelab.
    Dana ini sangat penting bagi mengerakkan sebarang aktiviti kelab.
    Buat permulaan sebanyak RM20.00 sebulan akan disalurkan oleh setiap ahli.
    Pembayaran boleh dibuat melalui akuan Bendahari kita (Shah Amiruzli @ Pak Lat). Akuan No akan diberikan kemudian.

    Jika ada apa-apa cadangan atau pertanyaan sila hubungi ahli-ahli JawatanKuasa diatas.