Thursday, January 15, 2009

Memories at Sedim



Berdir dari kiri : Syahrizal (Bob), Khairul(Uztaz), Jaiz, Shah Amir (PakLat), Najib, Azlan, Deman
Duduk dari kiri : Wadi, Razman, Syed Shahrul



  • Asalnya program untuk mengadakan reunion ini adalah ilham dari Mr Presiden kita iaitu saudara Jaiz. Setelah lebih kurang 3 bulan lebih membuat perancangan dan memilih tempat akhirnya Lata Sedim menjadi pilihan.


  • Sedim menjadi pilihan adalah kerana keindahan alam semula jadinya yang belum terusik oleh sebarang pembangunan. Ianya serba-sedikit dapat menyedarkan kita akan nikmat yang ALLAH berikan.


  • Maka tanggal 1hb Januari 2009 bersempena dengan tahun baru terciptalah satu sejarah iaitu seramai 10 orang jejaka yang tak kurang hemsemnya berkumpul di Caltex Sungai Limau Kulim bagi memulakan perjalanan ke Lata Sedim.


  • Lebih kurang 8.30 pagi rombongan bertolak dengan 4 buah kereta menuju ke destinasi. Alhamdulillah, lebih kurang 30 minit kemudian kami pun selamat sampai ke destinasi yang dituju.


  • Bunyi unggas yang gemersik dan air jeram yang menderu-deru menyambut ketibaan kami.


  • Sampai je kami terus bersarapan. Seperti biasa nasi lemak dan kuih muih menjadi hidangan kami.


  • Setelah selesai bersapan kami pun bertolak ke Tree Top Conopy Walk iaitu yang terpanjang di dunia. Sebagai anak jati Kedah kami patut merasa bangga.


  • Jarak Tree Top Walk ialah lebih kurang 950m panjang. Jarak ketinggian yang tertinggi ialah 26050MM dari tanah.


  • Di sepanjang perjalanan kami semua sempat berbual-bual sambil menghirup udara segar dan menikmati keindahan alam semula jadi ciptaanNya.


  • Lebih kurang 45 minit kemudian akhirnya perjalanan kami sampai ke penghujung jalan. Tak puas rasanya. Tapi kalau ada kelapangan kami akan sampai lagi...


  • Sedar tak sedar matahari dah pun terpacak diatas kepala, menandakan waktu tengah hari.


  • Perut pun dah lapar, oleh itu tanpa berlengah lagi kami pun terus menjamu selera dengan hidangan telah pun disediakan.


  • Hidangan tengah hari kami adalah masakan kampung iaitu ayam masak merah, gulai bawal, ikan talang kering dan sedikit ulam-ulaman bersama sambal belacan.


  • Sambil makan kami menonton acara paint ball yang secara kebetulannya dimainkan oleh sebuah team dari Penaga.


  • Setelah selesai menjamu selera, kami pun berehat sebentar sambil bersembang. Almaklumlah lama tak berkumpul. Ada saja cerita yang nak disembangkan.


  • Kami berjemaah bersama-sama untuk menunaikan solat zohor yang di imamkan oleh suadara Jaiz.


  • Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara paint ball.


  • Kami dibahagikan kepada dua team. Taem A terdiri daripada Jaiz, Wadi, PakLat, Bob. dan Mat Lan. Manakala Team B terdiri daripada Deman, Khairul, Najib, Syed dan Razman.


  • Teringat masa zaman kanak-kanak dulu-dulu. masa main combat-combat. Best sangat-sangat walaupun first time main.


  • Setelah penat bermain dan badan pun dah kotorkami pun pergilah mandi bagi membersihkan diri dari segala kotoran yang melekat dibadan.


  • Akhirnya, tibalah masa untuk berangkat pulang, tapi sebelum itu kami dihidangkan dengan bihun goreng dan teh ais. Apa lagi rezeki jangan ditolak beb.. bedal jelah....


  • Lebih kurang puluk 5 petang, kami berangkat pulang meninggal Lata Sedim dengan harapan agar kami dapat berkumpul lagi di lain hari. Insyaallah itupun dengan izin Tuhan.


  • Inilah diantara gambar-gambar yang sempat dirakam buat kenang-kenangan.








Kesan-kesan tembakan



Mengerjakan solat zohor























Berehat sambil bersidang...




Mr Jaiz dengan gaya Presidenya






Deman, Walaupun injured tapi mempunyai semangat yang kental untuk


mengikuti program reunion ini. Syabas Bro..moga cepat sembuh..












No comments: